Kejohanan Silat Tempur 2014

Pertandingan Silat Tempur diamalkan oleh pesilat Tahap Dasar iaitu Peringkat Anak Gelanggang dan Pesilat Remaja Seni Silat Malaysia.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai dan berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas.

Oleh itu pertarungan Silat Tempur hanya menggunakan asas-asas serang bela di atas gelanggang berbentuk pelantar berukuran 2 meter x 9 meter. Bermakna serang dan sambut yang disertakan dengan serang balas dilakukan pada satu garisan lurus.

Pertandingan Silat tempur menekankan bahawa silat ialah ilmu pergaduhan atau pertempuran secara berhadapan yang menggunakan tulang empat kerat secara tanpa senjata atau bersenjata.

Maka secara asasnya gerakan adalah di atas satu garisan lurus sama ada secara maju atau undur.

Oleh itu pesilat harus mahir melakukan serang bela yang selamat dan boleh mendatangkan hasil atau markah.

Para Jurulatih Silat mestilah memberi latihan dan kefahaman peraturan bertandingan.

Maknanya sukan silat yang diamalkan nanti harus tidak menyimpang daripada gerak, kaedah, rupa dan bentuk silat.

Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2014 telah berlangsung di kawasan berbeza iaitu:

Kejohanan ini turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (#‎PSGFM), Pusat Cemerlang Silat (#‎PCS), Kelab Silat Olahraga Bangi (#‎KSOB), dan Kelab Silat Universiti Malaya (#‎KSUM).

Di samping itu pihak Kementerian Belia dan Sukan )KBS) juga membantu dalam mengembangkan lagi program ini.

Kejohanan Silat Tempur diamalkan oleh pesilat Tahap Dasar iaitu Peringkat Anak Gelanggang dan Pesilat Remaja Seni Silat Malaysia.

Kajian secara akademik telah dilakukan oleh Pakar Silat Dunia iaitu Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Bin Mohamed Shapie bagi dalam menambah baik mutu permainan silat olahraga yang dipertandingkan.

Kejohanan ini adalah siri jelajah dalam mempromosikan sukan silat baru ini kepada masyarakat awam.

Siri jelajah ini akan merangkumi seluruh Malaysia berdasarkan beberapa zon iaitu Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Pantai Timur dan Zon Borneo bagi mempromosikan suatu pertandingan Silat yang baru ini.

Dapatkan perkembangan lebih lanjut mengenai Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2014 : Silat Tempur 2014

Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *