Kejayaan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) pada tahun 2014 adalah merupakan hasil usaha semua pihak termasuk para ahli perguruan, jurulatih silat dan pengurusan pentadbiran silat yang bersungguh-sungguh menjalankan pelbagai program untuk kebaikan bersama.
PSGFM yang kini diterajui oleh Tuan Guru Aminuddin Hj. Anuar, telah bergerak cemerlang semenjak mengantikan ayahanda beliau yang telah meninggal dunia pada tahun 2009. Komitmen dan kesungguhan beliau nampak ketara apabila menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dengan kerjasama yang kuat daripada seluruh ahli majlis tertinggi PSGFM.
Berikut adalah antara program yang dianjurkan atau disertai oleh PSGFM pada tahun 2014:
- Kejohanan Silat Tempur 2014 (Zon Tengah) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur [Peringkat Kebangsaan]
- Kejohanan Silat Tempur 2014 (Zon Selatan) di Universiti Teknologi MARA, Seremban 3, Negeri Sembilan [Peringkat Kebangsaan]
- Kejohanan Silat Tempur 2014 (Zon Timur) di Rumah Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan,Pahang [Peringkat Kebangsaan]
- PSGFM sebagai Panel di Hari Kerjaya Industri Sukan Universiti Malaya [Peringkat Kebangsaan]
- PSGFM di Persidangan Antarabangsa Sains Sukan, Pulau Langkawi, Kedah [Peringkat Kebangsaan]
- Kursus Pergendangan Muzik Silat Baku 2014, Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan [Peringkat Kebangsaan]
- Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 [Antarabangsa]
- Silat European Tour 2014 [Antarabangsa]
Kejayaan pada tahun 2014 ini juga tidak lengkap tanpa sokongan pada pelbagai pihak termasuklah:
- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negara.
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi
- Pusat Cemerlang Silat Malaysia
- Kelab Silat Olahraga Universiti Malaya
- Kelab Silat Olahraga UITM
- Semua yang menyokong usaha PSGFM membangunkan silat melayu asli semenanjung tanah Melayu.
Semoga PSGFM terus cemerlang pada tahun 2015.
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *