Dr Nizam Shapie hadir ke program Wellness X16 selaku VIP pada 3 Disember 2015 yang dihadiri oleh lebih 1000 orang peserta. Beliau sering hadir ke program ini sejak mula berkhidmat di universiti awam Malaysia. Program ini merupakan subjek wajib kepada para pelajar Sains Sukan UiTM.
Program tersebut turut dihadiri oleh Dekan FSR, UiTM Shah Alam dan juga Penasihat Program PM Dr. Ahmad Naim. Mereka adalah individu-individu yang sering hadir ke program ini setiap kali dijalankan pada setiap semester. Program ini bertujuan untuk melatih para peserta untuk hidup sihat dan belia benci dadah.