Dr Nizam Shapie telah menghadiri Bengkel Perancangan Strategik MASMED (Pusat Pembangunan Modal Insan Keusahawanan) UITM Shah Alam pada 6 hingga 8 Disember 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.
Bengkel tersebut bertujuan untuk memastikan keseragaman dan hala tuju program keusahawanan pada tahun 2016 di seluruh kampus-kampus Universiti Teknologi MARA.
Dengan pengalaman yang luas dalam keusahawanan silat di peringkat nasional dan antarabangsa, beliau adalah individu yang tepat terpilih untuk hadir ke program tersebut. Pihak UiTM telah menjalankan perancangan yang baik dengan memanggil individu tersebut yang mempunyai pengalaman dari segi teori dan praktikal dalam bidang sukan khasnya dunia persilatan keusahawanan.
Syabas Dr. Nizam!