Wellness X17 telah berlangsung di Pusat Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 25 Mei 2016. Program ini bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada pukul 10 malam. Hampir 1000 orang peserta terlibat dalam program senaman ini yang berlangsung meriah dengan kehadiran para pensyarah dan Dekan Fakulti Sains Sukan Rekreasi (FSR), UiTM, Shah Alam.
Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah hadir memberi sokongan kepada program ini seperti mana program-program kecergasan yang dianjurkan oleh para mahasiswa FSR, UiTM.