B-Pro Industry Engagement

Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah berjaya mendapat mendapat Sijil Kompetensi B-Pine (B-Pro Industry Engagement) atau Program Strategik Sangkutan Industri Modul I, II dan II.

Beliau telah dianugerahkan sijil tersebut apabila berjaya lulus dengan jayanya ketiga-tiga modul tersebut yang melibatkan 3 fasa iaitu pada 1-5 Jun 2015 (Fasa 1), 3-7 Ogos 2015 (Fasa 2) dan 12-14 Ogos 2015 (Fasa 3). Kesemua fasa tersebut telah dijalankan oleh Human Resource  Productivity Management (HRPM) dengan kerjasama iLQAM, Universiti Teknologi MARA.

Program ini amatlah dititikberatkan bagi memantapkan kemahiran dan kepakaran pensyarah seiring dengan hasrat UiTM untuk meningkatkan jumlah kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi MARA dalam industri pekerjaan tepat pada masanya. Secara tidak langsung, menjadikan Universiti Teknologi MARA sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai bilangan kebolehpasaran graduan yang tinggi berbanding universiti lain di negara ini.

Penyampaian sijil tersebut telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dato Mohd Razali Hussain pada satu Majlis Makan Malam Penutup  dan Penyerahan Sijil Kompetensi di Hotel Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Wan Ahmad Shaffie (Ketua Perunding HRPMC), Prof. Madya Dr. Nora Zakaria (Pengarah, Unit Strategik Kebolehpasaran Pelajar [UGET]) mewakili Yang Berbahagia Prof. Dr. Noorsaadah Hj. Ismail, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *