Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie Dijemput Sebagai Narasumber di Universitas Negeri Padang, Indonesia

Padang, Indonesia | 20–21 Jun 2025Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie, tokoh akademik tersohor dalam bidang Silat Melayu dan seni mempertahankan diri serantau, sekali lagi menerima jemputan rasmi sebagai narasumber (resource person) oleh Fakultas Ilmu Keolahragaan, Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia.

Jemputan ini menandakan kali ketiga beliau ke Padang dalam kapasiti yang sama, selepas sesi terdahulu pada tahun 2022 dan 2023, membuktikan keyakinan berterusan pihak UNP terhadap kepakaran beliau dalam bidang Silat Melayu Tradisional dan diplomasi budaya akademik.

Prof. Dr. Nizam dijadualkan menyumbang dalam dua platform utama:

  1. Scientific Journal of International Martial Art and Culture – sesi pengukuhan kualiti jurnal antarabangsa dalam bidang seni bela diri dan budaya.
  2. Kuliah Umum (Public Lecture) bertajuk “Silat Melayu Tradisional” – yang akan menghuraikan warisan, falsafah dan struktur Silat Melayu Asli sebagai seni tempur dan instrumen pendidikan.

Acara ini akan berlangsung pada 20 hingga 21 Jun 2025 (Jumaat & Sabtu) di Fakultas Ilmu Keolahragaan, UNP, dan akan disertai oleh pelajar, pensyarah dan penggiat seni bela diri dari pelbagai institusi di Indonesia.

Sebagai ahli lembaga IMACSSS (International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society) dan pengasas kepada AIRBORNE Research Network, Prof. Dr. Nizam juga giat menjalankan kerjasama akademik antarabangsa termasuk bersama UNESCO ICM. Beliau dikenali sebagai penyelidik utama dalam Silat Melayu Asli, dan sering dijemput untuk menyampaikan kuliah, menyertai forum ilmiah dan memimpin bengkel seni mempertahankan diri di serata dunia termasuk Poland, China, Jepun, Portugal dan Sepanyol.

Penglibatan ini bukan sahaja mengangkat Silat Melayu ke peringkat global, malah memperkukuh hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia, dalam usaha menjadikan Silat sebagai warisan hidup yang terus relevan dan dihormati di mata dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *