Dr Nizam Shapie dianugerahkan Pendita Silat

Tahniah diucapkan kepada Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie di atas penerimaan anugerah Pendita Silat di Majlis Anugerah Silat Kebangsaan 2017, PSGFM yang diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, Selangor.

Anugerah Silat Kebangsaan adalah sebuah majlis anugerah di Malaysia yang dikendalikan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Ia mula dilaksanakan pada tahun 2017 di mana ianya merupakan satu anugerah tertinggi Silat Melayu kepada individu, badan dan pertubuhan Silat Melayu sama ada di peringkat amatur atau profesional. Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memertabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa.

Majlis anugerah ini mengandungi 17 jenis anugerah yang diberikan kepada individu dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh PSGFM. Seramai 300 individu telah dikenal-pasti daripada 30 agensi Silat Melayu terlibat dalam majlis anugerah Silat Melayu berprestij ini.

1. Anugerah Pendita Silat
2. Anugerah Pakar Silat Malaysia
3. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa)
4. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional)
5. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Lelaki)
6. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Perempuan)
7. Anugerah Keluarga Emas
8. Anugerah Budi Emas
9. Anugerah Pesilat Terbaik (Lelaki)
10. Anugerah Pesilat Terbaik (Perempuan)
11. Anugerah Pesilat Harapan (Lelaki)
12. Anugerah Pesilat Harapan (Perempuan)
13. Anugerah Gelanggang Silat Terbaik
14. Anugerah Pembantu Jurulatih PSGFM
15. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik
16. Anugerah Perguruan Silat
17. Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)

Tujuh belas anugerah diberikan kepada para pemenang dan anugerah berprestij ini diberikan kepada beliau.

Tahniah kepada Pemenang ASK2017

Anugerah Silat Kebangsaan 2017 Berlangsung Meriah

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *